Catattan seterusnya adalah lawatan ke Saigon atau lebih dikenali sebagai Ho Chi Minh City, Vietnam pada 24 - 26 April 2009. Lawatan ini dianjurkan oleh Sports Club, DTZ Nawawi Tie Leung, Malaysia. Lebih dari 50 orang kakitangan telah menyertai program ini. Mereka terdiri daripada semua kakitangan DTZ Malaysia dari semua peringkat jawatan.
Pada jam 7.45pagi kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh City, melalui penerbangan Air Asia. Lapangan terbang yang agak sederhana besar (di Malaysia mungkin Ipoh atau Subang - Skypark) ini agak lengang pada waktu pagi. Kami disambut oleh 2 pemandu pelancong dari sana. kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Setiap kumpulan diletakkan didalam sebuah bas yang berasingan. Bemulalah perjalanan kami di kota Saigon!!!!
Hari Pertama: Pusing - Pusing Kota Saigon
Lawatan kami dibumi Indochina ini bermula dengan melawat bandar Ho Chi Minh. Nama asal bandar ini adalah Saigon ( seperti dalam citer perang ala 80 an dulu). Bandar yang pernah menyaksikan perang vietnam cukup banyak menyimpan pahit getir dan kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan warganya. Bangunan atau monumen pertama yang kami lawati ialah Reunification Palace (Istana Penyatuan) yang telah menyaksikan jatuhnya kuasa pro Amerika (Vietnam Selatan) ketangan Vietnam Utara (Komunis). Bertitik tolak dari itulah Vietnam telah dikuasai sepenuhnya oleh oleh Parti Komunis Vietnam sehingga hari ini.
Kemudian kami telah pergi Muzium Perang Vietnam. Banyak mempamerkan suka duka rakyat Vietnam selama dalam tempoh perang Vietnam. Juga ada memaparkan kekejaman askar Amerika terhadap rakyat Vietnam yang selama ini kita dimaklumkan oleh media sebaliknya.
Untuk makan malam kami telah dibawa ke sebuah restoran yang benar-benar terapung!!..Heheh...atas kapal yer...sambil makan sambil belayar menyusuri tebing Sungai Saigon..sebelum ini saya cuma tengok dalam TV sahaja (Filem Nam Tour Of Duty) Sungai Saigon. Dan sekarang saya dapat melihatnya sendiri!!! Makanan sangat menarik..tetapi yang halal cuma seafood dan sayur-sayuran.....itu sahaja yang boleh dimakan...eheeeee. 12.30mlm: Balik ke Hotel..Sungguh penat..dan tidur..bagi mendapatkan tenaga untuk hari esok............
Hari Kedua: Chu Chi Tunnel & Mangsa Perang
Chu Chi Tunnel banyak menyaksikan pertumpahan darah, ketamakan manusia dalam melempiaskan keegoan kuasa besar yang pastinya rakyat biasa menjadi mangsa. Sehingga kini kesan-kesan perang Vietnam masih kelihatan mahupun secara fizikal ataupun mental masyarakatnya. Apa pun kita masih lagi berbangga kerana keamanan dan kemajuan yang kita kecapi sekarang tidak semahal harga yang terpaksa mereka bayar pada hari ini. Itulah nikmat kemajuan dan keamanan.
Perjalanan diteruskan menuju kesebuah tempat atau pusat kraftangan di barat daya Saigon. Apa yang menarik disini adalah pusat ini diwujudkan atas dasar kemanusiaan kepada mangsa perang Vietnam yang mengalami kecacatan tetapi mampu dan mempunyai kreativiti dalam menghasilkan barang kraftangan.
Petang bermulalahh aksi shopping dan membeli belah di pasar Benh Than. Makanan disini agak murah berbanding dengan Malaysia. Tetapi kena pandai tawar...jangan sampai tertipu kerana orang Saigon sudah pandai ya....!!!
Selesai membeli belah kami pulang ke hotel untuk bersiap-siap makan malam dan menonton "Water Puppet Show"!!!
Kami dibawa mengelilingi Ibu Kota Saigon dengan menaiki beca bagi mengimbas kembali nostalgia "Lady From Saigon" ahakzzzz......
Teater Puppet Dalam Air...atau lebih dikenali sebagai Water Puppet Show oleh orang tempatan merupakan tarikan pelancongan yang ada di ibu kota Saigon ini. Teater ini berasal daripada lembah Sungai Saigon. Ketika musim banjir banyak bangunan, sawah padi dan kuil akan ditenggelami air adakalanya berminggu-minggu malahan ada sampai sebulan. Pada waktu itu penduduk tempatan tidak dapat membuat apa-apa cuma menunggu banjir surut. Maka timbullah idea untuk membuat penceritaan sebagai hiburan didalam air. Maka wujudlah Water Puppet sehingga hari ini.
12.30 malam...waktu untuk tidur......
Hari Ketiga: Bersiar-siar & Shopping Lagi!!!
Sementara menunggu masa untuk bertolak pulang kami meneruskan aktiviti bersiar-siar ke Shopping Complex utama di Saigon sambil jalan-jalan cari makan.....
Pada jam 5.30petang kami bertolak pulang dan sampai ke tanah air malaysia ku tercinta pada jam 10.30malam.
Salam penutup: Sehingga ketemu di catatan perjalanan yang lain....Askm...Salam Sejahtera..
No comments:
Post a Comment