Monday, July 13, 2009

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN....

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menjelaskan keadaannya.Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.Renungilah....

9 comments:

  1. Aku sangat2lah bersetuju dengan nasihat ko tu.. Kita selalu terlupa kawan juga seperti kita... Perlukan sedikit perhatian dari kita, need our shoulder to cry on.. aku dapat rasakannya sekarang.. Aku dah kehilangan beberapa rakan yang rapat kerana kesilapan yg aku fikir kecil, tapi tidak bagi mereka... Jadi, berhati2lah dalam menjaga hubungan sesama manusia kerana ianya juga mudah rapuh dan sekelip mata boleh berubah..

    ReplyDelete
  2. persahabatan ni ibarat pelangi yang muncul...tiba bagaikan pelangi..tak bercahya..tapi berseri...penuh warna warni kalau kita dapat mengharungi kehidupan dengan seorang yang bernama sahabat,..yg mengenali erti susah dan snang bersama....

    ReplyDelete
  3. Mungkin ada benarnya kata2 kau shila...persahabatan itu laksana pelangi...ia muncul tatkala bumi disimbah hujan ..sementara matahari memancarkan sinarnya...tatkala itu juga warna2..terbias..menhasilkan tona dan rona..melambangkan kehidupan...namun sahabat tidak seperti pelangi...cuma datang..dan pergi sekelip mata...sahabat bukan seperti pelangi..cuma indah dimata..tetapi hanya sementara...sahabat tidak seperti pelangi...cuma wujud...diatas belas ehsan sang mentari dan kasih sayang limpahan hujan...tetapi sahabat wujud dicelah-celah kasih sayang dan rindu..yang menjanjikan kesetiaan ikhlas tanpa dipaksa dan dipinta belas...ingatlah persahabatan itu kekal...hingga keakhirnya...renungkan..

    ReplyDelete
  4. Hola..Buenas tardes Arieal...Qué significa esta palabra?Cómo se llama esto en español?

    ReplyDelete
  5. duit tukar 50sen ada tak? kalau ada nak sepuluh ringit...

    ReplyDelete