Friday, June 18, 2010

Pohon Cinta



Ramai yang tidak merasai apa itu sebenarnya cinta. Cinta itu lahir dari keihklasan dan kasih sayang yang sebenarnya. Cinta itu tidak pernah padam dan sentiasa mengalir ke sebuah tasik yang bernama kebahagian. Adakalanya aliran itu berliku. Kadangkalanya berombak. Dan semestinya berjeram dan tenang dihujungnya. Namun sebuah kebahagian itu tidaklah murah harganya. Ramai manusia terpedaya. Beroleh cinta tidak semudah yang disangkakan. Rasa, hati pasti menjadi saksi.

Namun apa yang yang sukar, adalah mengekalkan cinta. Cinta laksana pohon kehidupan. Perlu dibaja dengan kasih sayang. Perlu diairi dengan tanggungjawab. Dan perlu disinari dengan cahaya kejujuran. Cinta perlukan harapan dan masa depan. Tanpa harapan cinta tiada penghujungnya. Tanpa masa depan cinta tiada nokhtahnya.

Ramai berkata cinta itu kekal selamanya. Ramai berpesan cinta itu untuk dirinya. Tetapi ramai lupa cinta itu tidak kekal lama. Dan ramai alpa cinta itu hanyalah sementara. Sebagai manusia yang mencari cinta. Tidak salah mendambakan cinta. Tidak salah menatang cinta. Kerana biar ia berpada-pada. Kerana biar ia hanya seketika. Kerana sakitnya ditinggal cinta pedihnya sangat terasa.

Menangis kerana cinta perkara biasa. Sedih kerana cinta hanya sementara. Ingatlah cinta perlu dijadikan kekuatan. Cinta dijadikan sumber inspirasi. Dan cinta perlu dijadikan sumber maruah hakiki. Tetapi jangan cinta dijadikan kelemahan. Jangan cinta dijadikan alasan untuk meratap sebuah perpisahan!!

2 comments: