Friday, June 18, 2010

Hutan Kesepian......


Hari yang penuh kesepian
Kesunyian melingkari sepi sorang insan
Aku berteleku di hujung hari
Melihat kehilangan yang tak pasti
Kasih sayang seorang insan
Hanya sementara dihujung usia
Sang burung berfikir manja
Telatah manusia diuja
Dengan rasa kehampaan
Aku melihat bumi berputar lesu
Membawa hari yang kian
Lemah membawa citra kesepian

Kutanya pada bonda
Apakah dosaku
Kutanya pada ayahanda
Apakah senduku
Membawa pulang kesepian
Membawa pulang kerinduan
Sepi seorang manusia
Dihari penghulu segala hari
Buat ku terpaku
Rindu ini masih menjelma
Jelmaan hati
Sepi

Nukilan: Lanang Lara

2 comments: